Resepi Kuih Peria Mudah Lembut Tak Liat Sedap. Ada yang suka kuih peria tradisional ? Ada kuih peria inti kelapa, ada kuih peria inti kacang merah, ada kuih peria inti kacang hijau. Memang sedap dan syok. Kalau tau dek budak-budak hipster mau dia buat kuih peria cheese.

Resepi Kuih Peria Sedap
Resepi Kuih Peria


Resepi Kuih Peria Lembut Tak Liat Simple Senang

  1. Tpung pulut (sy tak sukat banyak mana, sebab saya buat suku dari tepung 500g )
  2. Santan kotak yg kcil
  3. Sedikit air
  4. Pewarna ikut suka..
  5. Daun pisang atau plastik (saya guna plastik sebab takde daun pisang)
  6. Sedikit minyak masak
  7. Lidi atau garfu (untuk buat corak lekuk peria tu)
  8. Inti saya beli yang dah siap (Kacang merah)


Cara Buat Kuih Peria

  1. Asingkan setiap sedikit tepung dalam dua atau tiga mangkuk yang berlainan
  2. Kemudian, bubuh pewarna mengikut citarasa anda
  3. Selepas itu masukkan santan sikit demi sikit, kalau rasa keras masukkan air sikit.
  4. Uli sampai tak melekat di tangan tapi jangan keras sangat takut liat agak agak lembut senang nak bentuk
  5. Ambil lebih kurang sejemput, gentel bulat dan tekan biar leper
  6. Letak inti dan tutup secara bujur macam peria
  7. Corakkan pakai lidi atau garfu di bahagian atas kuih peria
  8. Sapukan minyak sikit


Akhir, kukus dalam tempoh masa tujuh minit sahaja, jangan kukus lama sangat takut kembang semangkuk pulak. Siap dan selamat mencuba