Resepi Kuih Qasidah Sukatan Cawan

Resepi Kuih Qasidah Tradisional Sukatan Cawan.  Pertama kali saya makan kuih qasidah adalah masa melancong ke Kedah bersama keluarga. Terus jatuh cinta sebab sedap dan unik rasanya. Balik dari bercuti, terus buat untuk famili. Syukur menjadi. Anak dan suami semua puji. Resepi kuih qasidah mudah dan simple je :

Resepi Kuih Qasidah Kedah
Resepi Kuih Qasidah Utara


Resepi Kuih Qasidah Sedap Ringkas Senang Asli Original

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Tiga cawan air ( kisar )
  3. Lima senduk kecil gula ( kisar )
  4. Secubit garam ( kisar )

Cara Buat Kuih Qasidah

Cara membuat kuih qasidah :
  1. Kisar semua bahan yang bertanda ( kisar ).
  2. Tuang ke dalam periuk
  3. Kacau sampai betul-betul masak
  4. Tuangkan ke dalam loyang

Masak menggunakan api kecil. Mayang halus dan goreng bawang merah serta taburkan ke atas kuih kasidah sebagai hiasan. Siap. Akan datang saya akan kongsikan pula, resepi kuih qasidah pahang dan resepi kuih qasidah terengganu. Tunggu.

No comments:

Post a Comment