Resepi Kuih Siput Rangup Sukatan Cawan. Ini dia satu lagi resepi kuih raya mudah iaitu kuih siput tradisional. Dan, inilah juga merupakan salah satu sumber rezeki tambahan saya. Saya kongsikan resepi kuih siput saya di sini. Insyaallah rangup dan pedas pedas sikit.

Resepi Kuih Siput Sukatan Cawan
Resepi Kuih Siput Mudah Dan Sedap


Resepi Kuih Siput Biasa Tradisional Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi kuih siput tradisional :

  1. Satu kilogram tepung gandum (tak kisah jenama apa pun)
  2. Enam sudu besar majerin/planta/mentega
  3. Dua puluh tangkai cili kering (kisar halus)
  4. Satu sudu besar jintan manis (kisar halus)
  5. Satu sudu besar jintan putih (kisar halus)
  6. Satu sudu besar udang kering (kisar halus)
  7. Satu sudu besar garam halus
  8. Dua cawan air atau lebih
  9. Daun kari (byk lg sedap dan wangi)
  10. Minyak masak (mengoreng)
  11. Acuan kuih siput (wajib)

Cara Buat Kuih Siput

Cara cara membuat kuih siput :
  1. Satukan semua bahan yang telah dikisar halus, masukkan garam serta air. Gaul sampai sebati.
  2. Gaul rata tepung dengan majerin
  3. Masukkan bahan bancuhan sedikit demi sedikit
  4. Uli sampai adunan sudah tidak melekat ditangan (Adunan kuih siput tidak terlalu keras dan lembik )
  5. Gentel adunan pada acuan, buat setengah dari adunan, panaskan minyak serta goreng (masukkan daun kari) sampai warna bertukar kekuningan.
  6. Ulang sampai habis.

Dah siap, toskan untuk singkirkan minyak. Simpan dalam bekas yang kedap udara. Selamat mencuba.