Resepi Meatball Homemade Cheese Carbonara Sedap Simple Mudah Ringkas.  Diner malam nanti saya makan meatball cheezy carbonara sahaja. Anak lelaki yang suruh buatkan sebelum dia nak balik asrama esok. Kawan-kawan makan apa? Saya kongsikan resepi meatball cheese simple :

Resepi Meatball Cheese Sedap
Resepi Meatball Cheese


Resepi Meatball Carbonara Mudah Sedap Senang Special Terbaik

Bahan untuk buat Meatball Cheese Carbonara :

  1. Bebola daging atau ayam
  2. Satu tin sos prego carbonara mushroom (tin warna biru)
  3. Setengah cawan fresh milk
  4. Satu biji capsicum merah atau hijau ( potong dadu )
  5. Blackpepper sikit (tumbuk kasar-kasar)
  6. Mozarella Cheese atau cheese slice pun okey


Cara Buat Meatball Cheese Leleh
  1. Goreng bebola daging pakai sedikit olive oil bersama sebiji bawang, capsicum sampai masak.
  2. Masukkan dalam bekas aluminium foil. Asingkan.
  3. Dalam pan lain, masukkan sos prego mushroom. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan setengah cawan fresh milk dan blackpepper. Tutup api.
  5. Tuangkan sos carbonara sehingga menutupi meatball.
  6. Tabur cheese.Bakar  pada suhu 170 selama sepuluh hingga lima belas minit atau sampai masak.


Siap untuk dihidangkan meatball cheezy carbonara kepada ahli keluarga. Sebelum makan tabur sikit blackpepper, serbuk cili dan mix herbs. Selamat mencuba.