Resepi Pajeri Mangga Muda

Resepi Pajeri Mangga Muda Sedap. Menu makan tengahari ini iatiu pajeri mangga muda makan bersama nasi panas. Sedap bak hang. Asyik buat jeruk mangga asam boi je. Sekali sekala kita buat pajeri mangga pula. Resepi pajeri mempelam muda saya dapat dari kawan yang tinggal di Melaka. Sesiapa yang nak cuba masak pajeri mangga, boleh ambil resepi pajeri mangga melaka di bawah :

 
 Resepi Pajeri Mangga Muda
 Pajeri Mangga Muda

Resepi Pajeri Mangga Mudah Sedap Simple Ringkas Special

Bahan untuk masak pajeri mangga muda :

  1. Enam biji mangga muda ( kopek serta celur sekejap)
  2. Empat biji bawang putih
  3. Enam biji bawang merah
  4. Halio besa ibu jari
  5. Rempah tumis 3beradik (kulit kayu manis,cengkih,pelaga)
  6. Santan semangkuk
  7. Satu sudu besar kerisik
  8. Serbuk kari daging
  9. Garam
  10. Gula


Cara Buat Pajeri Mangga

Cara-cara membuat pajeri mangga muda :

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kari.
  2. Tumis rempah tiga beradik
  3. Masukkan bahan kisar
  4. Tumis lagi sampai pecah minyak
  5. Masukkan santan, kerisik, gula serta garam
  6. Biarkan mendidih seketika
  7. Masukkan mangga muda
  8. Kacau kacau sekejap dah siap dah boleh tutup api.

Bila dah letak mangga, jangan biarkan lama sangat tau takut mangga lembik. Sekarang, masukkan dalam mangkuk dan hidangkan atas meja untuk santapan semua yang ada di rumah. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×