Resepi Puding Marble Sukatan Cawan

Resepi Puding Marble Coklat Sukatan Cawan. Cun kan puding marble saya petang ni? Resepi puding marble simple lembut gebu untuk kawan-kawan semua ada saya kongsikan dibawah. Selamat mencuba.



Resepi Puding Marble Mudah Sedap Ringkas Simple Senang

Bahan untuk buat puding marble :

  1. Satu paket atau 25 gram agar-agar
  2. 1400ml air
  3. Dua cawan gula
  4. Setengah sudu besar butter
  5. Lima biji telur
  6. Satu tin susu cair
  7. Dua sudu besar tepung kastard
  8. Satu sudu besar esen vanilla
  9. Pewarna, ikut citarasa masing-masing. yang nak puding marble pelangi bubuhlah warna pelangi.


Cara Buat Puding Marble

Cara membuat puding marble :

  1. Masak agar-agar bersama air dan gula sampai hancur. 
  2. Biar kan mendidih. 
  3. Sementara itu kisar telur, susu cair, butter, esen dan tepung kastard. 
  4. Tapis dulu sebelum masuk kan ke dalam adunan. 
  5. Kacau sebati. 
  6. Masak dan tutup api. 


Bahagi kepada tiga bahagian, satu bahagian warna asal, dua lagi ikut citarasa anda. Masuk kan adunan berselang seli ke dalam loyang. Sejuk kan dan boleh dimakan.

No comments:

Post a Comment