Resepi Puteri Ayu Sukatan Cawan. Salam dan selamat pagi. Saya baru sahaja selesai bersarapan, lewat sikit makan hari ini sebab bergelut sediakan kuih tradisional iaitu kuih puteri ayu untuk majlis tahlil di rumah biras petang nanti. Resepi kuih puteri ayu simple sahaja, saya guna resepi kuih puteri ayu sukatan cawan :

Resepi Puteri Ayu Simple
Resepi Puteri Ayu

Resepi Puteri Ayu Simple Sedap Lembut Gebu Ringkas

Bahan untuk resepi puteri ayu mudah  :

Bahan A :
  1. Satu cawan gula
  2. Tiga atau empat biji telur
  3. Satu sudu kecil ovalet
  4. Satu sudu besar esen vanila
  5. Dua sudu besar perisa pandan

  • Putar semua bahan A sampai  kembang


Bahan B :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecil baking powder

  • Ayakkan bersama bahan diatas.


Bahan C :

  1. Setengah cawan santan ( saya guna santan kotak )
  2. Daun pandan
  • Potong dan kisar daun pandan bersama santan

Bahan D :

  1. Sebiji kelapa parut ( ambil yang putih sahaja )
  2. Sedikit garam
  3. Satu sudu tepung ubi

  • Gaul semua sekali bahan c sampai rata

Bahan E :

  1. Minyak Masak
  • Sapukan pada acuan untuk elak kuih puteri ayu melekat dan senang nak cabut.


Cara Buat Puteri Ayu

Cara membuat kuih puteri ayu :

  1. Ambil bahan A yang telah diputar sampai kembang tadi.
  2. Masukkan tepung (bahan B ) secara selang seli dengan santan ( bahan C ).
  3. Elakkan campur terus kerana apam puteri ayu akan bantat. 
  4. Kacau sampai tiada tepung yang berketul.
  5. Sapukan minyak pada acuan ( bahan E )
  6. Masuk dan mampatkan kelapa parut ( bahan D )
  7. Tuang adunan puteri ayu ke dalam acuan.


Akhir sekali, kukus kuih putru ayu dalam sepuluh minit atau sampai masak. Atas kapasiti pengukus masing-masing. Selamat mencuba.