Resepi Rasam Telur Simple Sedap Mudah Ringkas Senang

Resepi Rasam Telur Simple Sedap Mudah Ringkas Senang. Hari ini saya masak rasam sup bertelur. Rasanya sudah lebih 14 tahun saya tak masak rasam. Sedap kalau masa selera makan hilang. Rasa yang masam-masam mampu membuka kembali selera makan. Teringat masa baru kawin dulu, suami kerja gaji rendah. Jadi semua belanja kena bajet dalam, saya cuma belanja untuk barang dapur hanyalah rm50 seminggu. Sudahnya kami suami isteri makan saja apa yang ada. Kena kreatif lah masa masak, takkan nak makan lauk telur goreng hari-hari ye tak. Saya kongsikan ya resepi rasam asli untuk rujukan kawan-kawan semua :

Resepi Rasam Telur Mudah
Resepi Rasam Telur


Resepi Rasam Telur Yang Mudah Dan Sedap

Bahan untuk resepi rasam telur :

  1. Telur
  2. Jintan manis
  3. halba
  4. Biji sawi
  5. Daun kari
  6. Cili kering
  7. Air Asam jawa
  8. Serbuk kunyit
  9. Garam gula
  10. Daun ketumbar
  11. Tomato

Bahan tumbuk :

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Lada hitam

Cara Buat Rasam Telur

Tumbuk kasar bahan tumbuk. Kemudian tumis sampai garing. Masukkan semua bahan diatas. Akhir sekali masukkan telur dan daun ketumbar. Siap untuk dimakan bersama nasi panas-panas. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment