Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Asli Original Tradisional. Ramai yang sedang berpuasa di bulan rejab yang mulia ini.Jadi saya kongsikan resepi berbuka puasa yang sedap dan mudah. Menu ala-ala juadah raya iaitu resepi rendang kuning negeri sembilan.

Rendang Ayam Negeri Sembilan Original
Rendang Ayam Negeri Sembilan Asli


Resepi Rendang Cili Padi Negeri Sembilan Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi rendang ayam cili padi negeri sembilan :
  1. Ayam ( potong, cuci, toskan dan masukkan dalam kuali )
  2. Satu buku kecil gula kabong
  3. Satu paket kecil kerisik
  4. Satu kotak santan
  5. Daun kunyit
  6. Daun limau purut
  7. Garam
  8. Perasa

Bahan Kisar :

  1. Lima belas biji cili padi merah
  2. Lima belas biji cili padi hijau
  3. Empat biji bawang besar
  4. Lima ulas bawang putih
  5. Tiga batang serai
  6. Lengkuas
  7. Halia
  8. Kunyit hidup

Cara Masak Rendang Ayam Negeri Sembilan

Cara-cara buat rendang ayam negeri sembilan :

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali berisi ayam tadi. Dan, tambah secawan air.
  2. Masak guna api kecil
  3. Masukkan gula kabong, kerisik, garam dan asam keping.
  4. Renehkan sampai rendang agak kering
  5. Masukkan santan
  6. Biarkan rendang kering
  7. Rasa sikit, kalau dah sedap dan cukup bahan semua
  8. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut
  9. Apabila rendang sudah menjadi kering seperti yang anda inginkan tutup api.

Sekarang, setel dan boleh dihidangkan untuk santapan bersama ahli keluarga. Selamat mencuba.

.>Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Simple