Resepi Rendang Daging Sedap Mudah Simple Ringkas Senang

Resepi Rendang Daging Sedap Mudah Simple Ringkas Senang. Sarapan pagi ini, ketupat bersama rendang daging chef wan la sangat. Bila dah pandai buat rendang daging tradisi orang melayu, tak payah tunggu hari raya bila bila pun boleh makan. Resepi rendang daging tok kongsikan dekat bawah ya cu :

Resepi Rendang Daging Simple
Resepi Rendang Daging


Resepi Rendang Daging Mudah Sedap Simple Ringkas Senang

  1. Setengah kilogram daging
  2. Sepuluh tangkai cili kering
  3. Dua biji bawang besar
  4. Empat ulas bawang putih
  5. Tiga batang serai
  6. Halia sebesar ibu jari
  7. Tiga sudu sos cili
  8. Satu sudu gula merah
  9. Satu sudu air asam
  10. Tiga ranting daun kari
  11. Gula dan garam secukup rasa

Cara Buat Rendang Daging

  1. Cili kering serai halia bawang dikisar hingga halus 
  2. Kemudian tumis semua bersama daun kari.
  3. Masukkan daging dan masak sampai pecah minyak dan lembut.
  4. Masukkan sos cili, gula, gula merah serta garam.
  5. Kacau sampai rata dan sebati
Sebelum tutup api dapur, jangan lupa rasa dulu sikit untuk seimbangkan rasa rendang daging mengikut selera anda. Kalau terkurang apa-apa bahan boleh senang boleh tambah terus. Selamat mencuba.

> Resepi Daging Dendeng Minang Original Asli

No comments:

Post a Comment