Resepi Roti Sarang Lebah Mudah Gebu Lembut Simple. Baru beli breadmaker, semangat meroti sedang membara. Tunjuk sikit roti sarang lebah homemade yang lembut , gebu dan sedap ni. Sesiapa yang nak resepi dan cara buat roti sarang lebah, boleh ambil dibawah :

Resepi Roti Sarang Lebah Mudah
Resepi Roti Sarang Lebah


Resepi Roti Sarang Lebah Gebu Lembut Senang Sedap

  1. Lima ratus gram tepung high protein
  2. Seratus gram gula kastor
  3. Tiga puluh gram susu tepung
  4. Satu sudu teh bread improver
  5. Satu suduteh bread softener
  6. Satu paket yis mauripan
  7. Satu biji kuning telur
  8. Seratus lima puluh gram air
  9. Seratus gram ice cube
  10. Enam puluh gram butter
  11. Dua sudu besar plain yogurt
  12. Suku sudu teh garam
  13. Almond flakes
  14. Sunflower/ pumpkin seeds


Cara Buat Roti Sarang Lebah Guna Breadmaker

Masukkan bahan-bahan cecair dan garam kemudian diikuti dengan bahan bahan kering. Akhir sekali baru tabur yis. Set no.8 kalau pakai breadmaker jenama tesco.Setelah satu setengah jam dah boleh bentukkan doh ikut suka dan bakar pada suhu 175 selama dua puluh minit atau sampai masak.

Cara Buat Roti Sarang Lebah Guna Mixer

Masuk bahan kering dahulu kemudian baru masukkan bahan bahan cecair serta garam. Uli sampai elastik lebih kurang tiga puluh minit. Selepas itu, perap sampai naik satu kali ganda.

Peringatan jangan masukkan garam dan yis sekali  kerana yis akan mati kalau terkena garam. Nanti doh roti sarang lebah anda tak naik.