Resepi Sambal Ayam Penyet Mudah Sedap Simple Ringkas. Masak sambal ayam penyet tengah hari ni. Biasa jika makan di kedai selalu tak cukup, mesti nak kena mintak tambah sambal ayam penyet. Balik rumah saya buat sendiri biar puas hati. Ini saya kongsikan resepi sambal ayam penyet yang paling mudan dan resepi ayam penyet paling sedap. Makan dengan nasi bersama ulam-ulaman sikit, memang syok.

Resepi Sambal Ayam Penyet Mudah
Resepi Sambal Ayam Penyet


 Resepi. Sambal Ayam Penyet Sedap Simple Senang Special

  1. Satu sudu ikan bilis
  2. Sebiji bawang besar
  3. Sebiji Tomato
  4. Cili api atau cili padi 20 biji
  5. Dua tiga biji cabai besar
  6. Satu inchi belacan 
  7. Secubit kunyit secubit
  8. Gula
  9. Garam
  10. Asam jawa


Cara Buat Sambal Ayam Penyet

Cara membuat sambal ayam penyet :

  1. Goreng semua bahan ( kecuali gula, garam dan asam ) sampai layu.
  2. Angkat kemudian kisar manja-manja gitu tapi jangan sampai hancur. 
  3. Selepas itu, tuang semula dalam kuali dan masak. 
  4. Perasakan dengan asam jawa, gula dan garam
  5. Kacau sampai masak.

Saya bubuh kicap sikit nak bagi warna sambal ayam penyet hitam. Kacau sampai masak. Dah siap tutup api dapur dan hidangkan. Selamat mencuba.