Resepi Sambal Kicap Ikan Bilis

Resepi Sambal Kicap Ikan Bilis Goreng Sedap Mudah Rangup. Masa hujan macam ni pekena lauk sambal kicap ikan bilis  memang paling win. Dah tak terkira berapa kali tambah nasi. Jutaan terima kasih kepada sesiapa yang  mencipta resepi ikan bilis kicap pedas, kami anak beranak sampai jadi ketagih makan ikan bilis goreng kicap. Resepi ikan bilis goreng kicap pedas boleh ambil dekat bawah kalau sesiapa yang nak cuba buat atau rasa :

Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap
Sambal Kicap Ikan Bilis


Resepi Ikan Bilis Sambal Kicap

Bahan untuk buat sambal kicap ikan bilis :

Bahan tumbuk :

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Cili padi


Bahan hiris :

  1. Bawang holland
  2. Cili padi


Lain-lain :

  1. Kicap
  2. Sos Tiram
  3. Garam
  4. Gula


Cara Buat Sambal Kicap Ikan Bilis

Cara-cara membuat sambal kicap ikan bilis :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi tapi jangan halus sangat tau.
  2. Goreng ikan bilis
  3. Tumis bahan yang telah ditumbuk sebentar tadi pakai minyak menggoreng ikan bilis.
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukan kicap, gula garam. Saya suka manis sikit jadi saya lebihkan gula.
  6. Masukkan bahan hirisan
  7. Kemudian masukkan ikan bilis  yang telah di goreng tadi.
  8. Gaul sampai rata.

Siap untuk dimakan dengan nasi putih. Nak sedap lagi perahkan limau nipis atas sambal kicap ikan bilis. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment