Resepi Sardin Roll Sedap Rangup Simple Sukatan Cawan. Morning semua. Hari ini saya buat kuih sardin gulung aka sardin roll untuk sarapan kami sekeluarga. Yang seronoknya, semua anak puji cakap roti sardin roll sedap. Dan, yang sedihnya,  kena tinggal dengan cik abang sebab kursus di Kelantan. Resepi sardin gulung mudah sahaja, saya guna resepi sardin gulung sukatan cawan :

Resepi Sardin Roll Mudah Sedap Rangup
Resepi Sardin Roll

Resepi Sardin Roll Sukatan Cawan

Untuk mendapatkan kulit sardin roll yang sedap, lembut dan rangup saya menggunakan Resepi Kulit Sardin Roll Rapuh Sukatan Cawan.


Resepi Inti Sardin Roll

Bagi  inti sardin sedap pula saya guna  Resepi Sambal Sardin Simple.


Cara Buat Sardin Roll

Cara-cara membuat sardin roll :


  1. Lenyek atau canaikan kulit sardin roll
  2. Masukkan sambal sardin
  3. Gulung bagi cantik
  4. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sampai warna betukar kekuningan atau sampai masak. 

Resepi Sardin Roll Frozen

Cara buat sardin roll frozen :

Biasa kalau saya buat sardin gulung saya akan frozen kan separuh sebab mudah kalau anak lapar boleh ambil dan terus goreng. Resepi sardin gulung frozen, saya akan bakar sardin roll sekejap dalam oven yang dipanaskan  pada suhu 180 selama 10 minit. Kalau nak goreng sekejap pun boleh tapi saya sarankan sardin roll bakar dalam oven sebab lebih cepat. Siap, selamat mencuba.