Resepi Sup Ayam Dalam Pantang. Hari ini kita makan lauk orang berpantang bersalin iaitu sup ayam kampung bersama sayur- sayuran. Cik abang suka tolong buatkan untuk saya masa saya dalam pantang sebab banyak khasiat katanya. Nasib baik semua bahan untuk membuat sup ayam dah dia beli siap-siap masa pergi pasar tadi. Sesiapa yang tengah mencari resepi sup ayam diet pun boleh juga pakai resepi ni baik untuk kesihatan.

Resepi Sup Ayam Dalam Pantang
Sup Ayam Dalam Pantang


Resepi Sup Ayam Sayur Campur Simple Sedap Ringkas Senang

Bahan untuk buat sup ayam :
  1. Air
  2. Ayam kampung
  3. Ubi kentang
  4. Brokoli
  5. Lobak putih
  6. Lobak oren
  7. Bawang besar
  8. Bawang putih
  9. Halia
  10. Serbuk lada putih
  11. Bunga lawang
  12. Kayu manis
  13. Buah pelaga
  14. Serbuk perasa ( maggie )
  15. Garam
  16. Daun sup

Cara Buat Sup Ayam

Cara-cara membuat sup ayam :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu mains, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
  2. Masuk kan air dan biarkan seketika
  3. Bila sudah agak mendidih sikit, masukkan ayam yang telah siap dipotong
  4. Masukan serbuk perasa 
  5. Masukkan lobak merah dan lobak putih, dan brokoli ( kalau nak tambah sayur lain pun boleh )
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Biarkan sampai masak.

Jangan lupa rasa dulu untuk seimbangkan rasa sup ayam mengikut selera anda sebelum tutup api. Selamat mencuba.

> Resepi Serunding Halia Berpantang