Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan

Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan Sedap Lemak Manis. Encik suami ajak anak-anak korek ubi kayu sebelah rumah, cakap nak makan kuih talam ubi kayu yang sedap hasil air tangan isterinya. Saya apa lagi terus masuk dapur dan siapkan apa yang patut dengan senang hati. Resepi talam ubi kayu mudah dan simple ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
Resepi Talam Ubi Kayu



Resepi Talam Ubi Kayu Kuning Sukatan Cawan

Bahan untuk buat talam ubi kayu :

Lapisan Bawah :

  1. Empat cawan ubi kayu yang telah disagat
  2. Dua cawan santan pekat
  3. Dua setengah cawan gula
  4. Sedikit pewarna kuning

Cara Buat Kuih Talam Ubi Kayu

  1. Satukn semua bahan dalam periuk dan masak sampai pekat
  2. Tuang dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus selama setengah jam atau sampai masak.


Lapisan Atas :

  1. Satu cawan beras
  2. Dua sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
  3. Dua sudu besar tepung gandum
  4. Setengah sudu teh garam
  5. Dua setengah cawan santan pekat (nak yang atas lembik sikit, pakai tiga cawan santan pekat)


Cara Membuat Kuih Talam Ubi Kayu

Satukan semua bahan dan tapis dalam periuk serta masak sampai naik wap. Tuang lapisan bawah tadi dan kukus selama setengah jam. Lima minit terakhir buka tudung dan kukus tanpa tudung. Siap. Selamat mencuba.

> Resepi Talam Tokyo Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment

×