Resepi Tauhu Begedil Sedap Simple Mudah Ringkas Senang. Selamat tengahari semua. Masak apa hari ini? Saya nasi daging utara bersama begedil tauhu ayam. Resepi nasi daging utara kalau ada masa saya akan kongsi dekat blog ini. Hari ini saya nak kongsikan dahulu resepi begedil ayam homemade :
Resepi Tauhu Begedil |
Resepi Tauhu Begedil Ayam
- Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar. (pastikan halal baru beli)
- Empat hingga lima biji kentang
- Setengah cawan sayur campuran atau isi ayam
- Dua tiga ulas bawang putih
- Satu cawan air
- Dua tiga biji telur
- Lada sulah
- Garam sesedap rasa
Resepi Tauhu Begedil Sumbat
Cara buat inti tauhu begedil :
- Rebus kentang yang sudah dipotong dadu, kemudian lenyek bersama sedikit garam. Asingkan.
- Tumis bawang putih, masukan isi ayam atau daging cincang atau sayur campuran.
- Selepas itu, masukan kentang yang telah dilenyek bersama lada sulah.
Cara Buat Tauhu Begedil
- Potong pakai gunting tepi tauhu kering kemudian sumbat dengan inti yang telah anda buat tadi
- Pecahkan telur dan pukul bersama sedikit lada sulah
- Panaskan minyak, celur tauhu tadi dalam telur dan goreng sampai warna bertukar kekuningan.
Kalau nak sedap lagi makan tauhu begedil bersama bawang goreng , daun bawang dan cili api. Tabur semua atas begedil tauhu yang siap digoreng. Resepi dan cara buat sos tauhu begedil boleh rujuk pada pautan dekat bawah. Selamat mencuba.
> Resepi Sos Cili Thai Sedap Tahan Lama
> Resepi Sos Cili Thai Sedap Tahan Lama
0 Comments