Resepi Tepung Bungkus Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Resepi Tepung Bungkus Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan. Dapat juga merasa kuih tepung bungkus tradisional hasil air tangan ibu saya.Sejak menetap kat sebelah Utara ni, dah lama ibu tak buat. Kalau kawan-kawan nak tahu, ibu saya dulu penjual kuih tradisional, tapi sekarang dah bersara. Ibu cakap masa ikut ayah kerja dekat Terengganu dan Kelantan dulu, tepung bungkus memang laku keras.

Resepi Kuih Tepung Bungkus
Kuih Tepung Bungkus


Resepi Kuih Tepung Bungkus Sukatan Cawan Senang Ringkas

Bahan untuk buat tepung bungkus :

  1. Dua bungkus tepung beras ( siam )
  2. Sepuluh cawan air
  3. Dua puluh empat sudu gula
  4. Dua sudu garam
  5. Satu kilogram santan
Resepi Tepung Bungkus Sukatan Cawan Mudah Sedap Lembut
  1. Masukkan lima cawan air,gula,garam dan santan ke dalam kuali kacau hingga mendidih
  2. Bancuh lima cawan air bersama tepung dan kacau sampai sebati,
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau hingga tepung betul-betul masak dan nampak berkilat


Resepi Inti Tepung Bungkus

Bahan inti untuk buat kuih tepung bungkus :
  1. Lima biji kelapa
  2. Satu kilogram gula melaka
  3. Setengah sudu garam
  4. Setengah kilogram gula
  5. Dua sudu debu pulut
  6. Daun pandan
Cara Buat Inti Kuih Tepung Bungkus


  1. Masak kelapa dgn air sehingga masak
  2. Mskn gula melaka ,gula & daun pandan
  3. Bancuh tepung pulut dgn sedikit air n masukn kedalam adunan kelapa
  4. Masak sehingga kering
  5. Bulat2 kan inti & gaul dgn debu pulut


Cara Buat Tepung Bungkus
  1. Lapis dua daun pisang
  2. Letak satu sudu tepung ke dalam daun pisang
  3. Masukkan dua biji inti, tutup inti tadi dengan satu sudu lagi tepung.Balut tepung tersebut dan lipat di bahagian hujung kiri kanan.


Kukus kueh tepung bungkus dalam tempoh masa dua puluh hingga dua puluh lima minit. Biarkan sejuk seketika, baru boleh dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment