Resepi Tok Aji Serban Terengganu Asli Original Tradisional

Resepi Kuih Tok Aji Serban Terengganu Asli Original Tradisional.  Sarapan pagi saya, kuih tok aji serban tradisional warisan turun temurun dan kebanggaaan orang Terengganu. Setengah orang panggil kuih seri kaya dan ada juga yang panggil kuih pulut sekaya. Resepi tok aji serban simple saya guna, pakai resepi tok aji serban sukatan cawan.

Resepi Tok Aji Serban Terengganu Original
Tok Aji Serban Terengganu Asli


Resepi Tok Aji Serban Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi pulut tok aji serban :

1. Lapisan Bawah

  1. Dua cawan pulut
  2. Sedikit santan cair
  3. Sedikit garam

  • Kukus atau masak pulut macam biasa, masak dengan sedikit santan cair  serta garam secukup rasa bagi menambahkan lemak 
  • Dah siap mampatkan pulut kuih tok aji serban cantik-cantik.

2. Lapisan Atas

  1. Tiga cawan santan pekat
  2. Setengah cawan gula putih
  3. Setengah cawan gula merah
  4. Tiga biji telur 
  5. Satu sudu teh garam

  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk serta kacau sampai sebati.

Cara Buat Tok Aji Serban

Cara-cara membuat kuih tok aji serban :

Bila lapisan atas sudah anda kacau sebati, tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan. Kukus selama setengah jam. Dah masak, sejukkan dan potong. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment