Resepi Tomyam Pekat Kaw Sedap Simple

Resepi Tomyam Ayam Pekat Kaw Sedap Simple Thai. Akhirnya, terhasillah tomyam yang betul-betul kaw, pedas, macam kedai restoran dan ala thai setelah banyak kali mencuba dan mengolah daripada pelbagai tips serta resepi tom yam. Saya persembahkan resepi tomyam seafood kaw :

Resepi Tomyam Pekat
Resepi Tomyam Pekat


Resepi Tomyam Campur Sedap Pekat Mudah Senang Thailand

Bahan untuk buat tom yam kaw :

  1. Enam ratus gram isi ayam, udang, sotong
  2. Tiga batang serai- sebatang, dititik, dua batang dihiris serong
  3. Lima belas hingga dua puluh tangkai cili padi
  4. Tiga sudu makan susu cair
  5. Tiga sudu makan sos ikan
  6. Dua sudu makan jus limau nipis
  7. Enam helai daun limau purut-hiris
  8. Setengah batang celery- hiris nipis
  9. Sebiji tomato- potong baji
  10. Dua biji tomato-kisar halus
  11. Satu labu bawang holland-hiris
  12. Dua ulas bawang putih
  13. Satu inchi lengkuas
  14. Satu inchi halia
  15. Tiga tangkai daun ketumbar
  16. Akar ketumbar
  17. Sedikit bunga kobis, cendawan dan putik jagung
  18. Dua sudu makan pes tomyam
  19. Tiga cawan air
  20. Sedikit minyak untuk menumis
  21. Gula dan garam jika perlu

Cara Masak Tomyam Simple

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih, bawang holland, halia, lengkuas, serai dan cili padi.
  3. Lepas naik bau, tambahkan sedikit air dan masukkan cili dan tomato yang telah dikisar.
  4. Kacau sekejap
  5. Masukkan air, santan, susu cair, pes tomyam, akar ketumbar, jus limau nipis dan sos ikan.
  6. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa. Masukkan ayam dan didihkan sampai masak sepenuhnya
  7. Masukkan udang, sotong, bunga, kobis, tomato, celeri serta daun limau purut.
  8. Didihkan sekejap, tabur daun ketumbar dan matikan api. 

Sekarang siap sudah tom yam campur homemade yang kaw, pekat, mabeles anda. Sudah boleh di masukkan ke dalam mangkuk dan dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat mencuba.

> Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Simple 

No comments:

Post a Comment

×