Cara Buat Baja Roti Dengan Mudah Booster Organik

Cara Buat Baja Roti Dengan Mudah Booster Organik. Salam semua. Ada tak kat sini yang suka berkebun ? Kalau ada, saya nak kongsikan satu cara buat baja organik guna roti. Memang ramai sudah mencuba dan guna baja roti dan hasilnya sangatlah positif. Pokok menjadi sihat dan buah bertambah besar.

Cara Buat Baja Roti Yang Mudah
Cara Buat Baja Roti

Cara Buat Baja Roti Yang Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk buat baja roti :

  1. Beberapa keping roti
  2. Botol air mineral


Cara Membuat Baja Roti

  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam botol mineral
  2. Isi air paip ke dalam botol ( air tanpa klorin atau air beras lagi baik ).
  3. Air jangan sampai penuh untuk memberi ruang kepada gas yang akan terhasil.
  4. Tutup rapat dan simpan tiga empat hari.


Dah siap, sembur pada daun atau siram  pada pangkal pokok yang anda tanam dalam dua kali seminggu dan lihat hasil sendiri hasilnya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×