Khasiat Daun Serai Kayu Dan Cara Buat Air

Khasiat Kebaikan Manfaat Daun Serai Kayu Dan Cara Buat Air. Assalamualaikum. Hari ini saya sambil sediakan brekfast,sambil rebus air herba daun serai kayu untuk encik suami tercinta.ini  Orang putih panggil Bay Leaf dan sesetengah orang panggil daun salam. Kalau di sebelah kelantan orang makan sebagai ulam dan turut digunakan dalam proses membuat kerabu dan laksam. Khasiat daun serai kayu untuk kesihatan memang banyak antara salah satunya adalah mampu menurunkan darah tinggi. Alhamdulillah sejak suami amalkan minum air rebusan daun serai kayu, bila pergi cek klinik kami mendapat maklum balas positif. Tekanan darah jadi elok, gout pun bertambah baik. Rasa air daun serai kayu pula sedap kelat kelat pahit gitu, nama lagi ubatkan. Jom saya kongsikan cara nak buat air daun serai kayu :

Manfaat Daun Serai Kayu
Khasiat Daun Serai Kayu


Resepi Air Daun Serai Kayu Yang Mudah Banyak Khasiat

Bahan untuk resepi air jus daun serai kayu :


  1. Satu periuk air
  2. Sepuluh hingga sebelas helai daun serai kayu


Cara Buat Air Daun Serai Kayu

Cara membuat air daun serai kayu :


  1. Isi air ke dalam periuk
  2. Masukkan daun serai kayu
  3. Didihkan atas api dapur sampai kering sikit
  4. Tutup api.


Dah siap boleh lah amalkan dalam dua kali sehari untuk mendapat kesan yang positif. Air rebusan periuk tahan selama seminggu jika disimpan.

No comments:

Post a Comment

×