Resepi Aglio Olio Ayam Mudah Sedap Simple Ringkas.  Pagi ini kita makan spaghetti aglio olio ayam yang mudah dan sedap. Resepi aglio olio yang saya kongsikan ini adalah satu resepi yang boleh digunakan untuk pelbagai bahan yang lain. Pendek kata ianya tidak terhad kepada ayam sahaja tetapi dapat digunakakan juga untuk aglio olio daging panggang, aglio olio udang, aglio olio beef bacon, aglio olio seafood dan lain-lain lagi. Atas selera masing-masing.

Resepi Aglio Olio Ayam Sedap
Resepi Aglio Olio Ayam


Resepi Aglio Olio Ayam Sedap Mudah Special Senang

Bahan untuk resepi spaghetti aglio olio ayam simple :

Bahan A


  1. Spaghetti
  2. Sesudu makan minyak
  3. Garam

  • Rebus segenggam speghetti dalam air mendidih bersama sesudu makan minyak dan sedikit garam.
  • Toskan. 
  • Ambil air rebusan dalam suku cawan untuk kita gunakan sekejap lagi.



Bahan B


  1. Dua sudu minyak zaitun untuk tumis
  2. Tiga ulas bawang putih dicincang
  3. Cili padi potong ikut suka nak banyak mana
  4. Serbuk stok ayam
  5. Garam
  6. Lada hitam kisar ( bukan lada hitam sebuk tau, yang kasar tapi kalau takde guna sajalah )
  7. Italian Herb atau Dry parsley (optional)
  8. Sotong, udang atau yang sewaktu dengannya. Tapi kalau guna daging atau ayam seelok nya di goreng dulu kemudian dihiris.

Cara Masak Aglio Olio Ayam

Cara cara buat Aglio olio :

  1. Tumis bawang putih dan cili padi sampai naik bau
  2. Kemudian masukkan udang.
  3. Masukkan speghetti bersama suku cawan air rebusan yang kita asingkan tadi. 
  4. Perasakan guna stok ayam, garam, serta lada hitam. 
  5. Taburkan dengan dry parsley dalam satu sudu camca. 
  6. Dah kering tutup api. Setel.

Cara nak buat aglio olio ayam mudah je kan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Terima kasih..