Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan

Resepi Apam Gula Hangus Kukus Sukatan Cawan Lembut Gebu. Minum petang hari ini, menu bubur pulut hitam dan kuih apam gula hangus yang lembut dan gebu. Mesti ada yang suka makan kueh apam gula hangus kan. Resepi apam gula hangus simple sahaja, jom saya kongsikan apam gula hangus mudah :

Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan
Apam Gula Hangus Sukatan Cawan

Resepi Apam Gula Hangus Gebu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi apam gula hangus lembut dan gebu :

  1. Satu cawan gula pasir
  2. Satu cawan air

  • Hanguskan gula, masukkan air. Sejukkan.

  1. Dua biji telur
  2. Setengah minyak masak
  3. Dua sudu besar majerin
  4. Dua sudu besar susu pekat
  5. Satu sudu teh soda bikarbonat
  6. Satu setengah cawan tepung gandum


Cara Buat Apam Gula Hangus

Cara cara membuat apam gula hangus ;

  1. Kisar telur, minyak, majerin serta susu hingga sebati. 
  2. Masukkan air gula hangus dan soda bikarbonat. Sambung kisar.
  3. Masukkan tepung dan kisar lagi hingga sebati.
  4. Sapu acuan guna minyak masak
  5. Tuang separuh adunan ke dalam acuan


Akhir sekali, ambil apam gula hangus kukus selama lima belas minit atau sampai masak. Siap, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment