Resepi Apam Gula Merah Gebu aka Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan. Cerita semalam cik suami minta saya buatkan apam gula merah sebab dia mengidam dah lama tak makan. Saya sendiri pun sudah lama tak makan apam gula merah tradisional ini. Pada sesiapa nak tahu cara nak buat kuih apam kampung boleh cuba resepi apam kampung gebu sukatan cawan yang saya kongsikan dibawah. Simple sahaja.

Resepi Apam Gula Merah Simple
Resepi Apam Gula Merah


Resepi Apam Gula Merah Gebu Sedap Senang Ringkas

Bahan untuk resepi apam gula merah mudah :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan tepung beras(wajib)
  3. Setengah cawan gula setengah
  4. Satu sudu kecil yis kering (mauripan)
  5. Air
  6. Gula merah (ikut suka, saya letak tiga sudu besar tapi kalau nak lebih pekat letak lebih takpe)
  7. Kelapa parut ( campur dengan sedikit garam )


Cara Buat Apam Gula Merah

Cara cara membuat apam gula merah :

  1. Masukkan semua bahan diatas dan kacau sampai sebati.
  2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit.Air tiada sukatan tapi adunan jangan terlalu pekat.
  3. Bancuh gula merah bersama sedikit air dan tapis.
  4. Perap adunan selama empat jam dan keatas.
  5. Dah siap perap, sapu acuan dengan minyak agar apam tidak melekat.
  6. Tuang adunan separuh acuan dan kukus selama dua puluh minit atau sampai masak.


Potong apabila apam gula merah kukus sudah sejuk. Makan bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan garam untuk lebih sedap. Selamat mencuba.