Resepi Apam Labu Sukatan Cawan

Resepi Apam Labu Kukus Sukatan Cawan.  Sambil tunggu anak balik mengaji, siap juga apam labu yang lembut dan gebu gebas ini. Boleh buat makan petang nanti. Resepi apam labu simple sahaja, saya guna resepi apam labu gebu sukatan cawan.

Resepi Apam Labu Kuning Sukatan Cawan
Resepi Apam Labu Sukatan Cawan


Resepi Apam Labu Kuning Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi apam labu mudah :

  1. Satu cawan labu ( rebus dan lenyek )
  2. Satu setengah cawan air
  3. Satu cawan gula pasir.
  4. Dua sudu besar yis mauripan (saya pakai satu paket mauripan, 11 gram)
  5. Satu setengah cawan tepung beras
  6. Setengah cawan tepung gandum


Cara Buat Apam Labu

Cara cara membuat apam labu :


  1. Kisar labu bersama labu dan air
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung beras, tepung gandum, mauripan.
  3. Kemudian, masukkan labu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sampai sebati.
  4. Perap selama satu jam.
  5. Dah siap perap, tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak.


Akhir sekali, ambil adunan apam labu kukus selama setengah jam atau sampai masak. Nak sedap makan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×