Resepi Apam Pandan Kukus Sukatan Cawan. Siap apam kampung pandan kukus yang lemak manis untuk diner. Anak bongsu saya suka sangat apam pandan gebu gebas ini. Kalau makan kuih apam pandan mesti dia nak lebih daripada orang lain. Resepi apam pandan simple sahaja, saya guna resepi kuih apam pandan sukatan cawan.

Resepi Apam Pandan Kukus Sukatan Cawan
Apam Pandan Kukus Sukatan Cawan


Resepi Apam Pandan Sukatan Cawan Mudah Sedap Lembut

Bahan untuk resepi apam pandan gebu :

  1. Tiga setengah cawan tepung gandum
  2. Satu cawan air pandan ( kisar satu lima helai pandan dan tapis )
  3. Satu cawan santan
  4. Satu cawan gula pasir
  5. Satu paket yis mauripan (11 gram )
  6. Satu sudu teh garam
  7. Pewarna hijau sikit

Cara Buat Apam pandan

Cara cara membuat apam pandan kukus :

  1. Satukan semua bahan dan kacau sampai sebati.
  2. Perap selama satu jam
  3. Dah siap perap, sapu minyak pada acuan 
  4. Tuang adunan separuh acuan
  5. Kukus selama lima belas minit atau sampai masak

Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam. Selamat mencuba.

> Resepi Apam Gula Merah Sukatan Cawan