Resepi Apam Puri Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Resepi Apam Puri Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan. Mengapam lagi kita ini hari, penuhi perminataan dari suami. Kali ini kita buat satu lagi kuih tradisional iaitu apam puri inti kastad. Resepi apam puri simple sahaja, saya guna resepi apam puri sukatan cawan.

Resepi Apam Puri Sedap
Resepi Apam Puri


Resepi Apam Puri Inti Kastard Sukatan Cawan

Resepi kulit apam puri :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu biji telur
  3. Setengah paket yis
  4. Empat sudu besar gula
  5. Dua cawan air
  6. Sedikit garam
  7. Sedikit pewarna ( ikut suka nak warna apa )

Cara buat kulit apam puri :
  1. Kisar semua bahan sampai sebati, perap lima minit

Resepi Apam Puri Inti Kastard

Bahan untuk resepi inti apam puri :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Dua sudu besar tepung kastad
  3. Satu cawan gula
  4. Tiga cawan air
  5. Sedikit pewarna kuning
Cara buat inti apam puri :

  1. Kacau sampai sebati bahan diatas. Masak atas api dapur hingga likat.

Cara Buat Apam Puri

Cara cara membuat apam puri :

Panaskan kuali. Ambil adunan kulit apam puri dan masak atas kuali ( macam buat pankek ).Jangan terbalikkan. Masak sampai atas nampak kering. Angkat dan letak inti kemudian tekan pada bahagian tepi bagi melekat. Siap, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment