Resepi Apam Solo Sukatan Cawan Sedap Lembut Gebu. Tadi anak dengan muka manis minta ibu buatkan apam solo sebab dia teringin dan dah lama tak makan apam solo. Yang tak tahan dia datang bukan sahaja dengan muka manis tapi datang sekali dengan pakej ayat manis, cakap apam solo paling sedap paling lembut lah, paling gebu lah. Entah apa apa je. Jadi ibu ambil keputusan, ajak dia masuk dapur sekali dan turunkan ilmu cara buat apam solo sebab esok esok senang kalau ibu dah tiada atau berjauhan dia boleh buat apam solo sendiri.


Resepi Apam Solo Sukatan Cawan
Apam Solo Sukatan Cawan

Resepi Apam Solo Sedap Mudah Ringkas Senang

Bahan untuk buat apam solo simple :
  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Satu cawan tepung beras
  3. Satu cawan gula
  4. 1 paket yis mauripan (11gram)
  5. Dua setengah cawan air
  6. Setengah cawan minyak
  7. Secubit garam
  8. Pewarna

Resepi Inti Apam Solo 



Cara Buat Apam Solo

Cara-cara membuat apam solo :


  1. Gaul sampai sebati semua bahan diatas.
  2. Kemudian perap selama setengah jam atau hingga kembang
  3. Letak pewarna sikit (  ikut suka warna apa pun )
  4. Sapu acuan dengan minyak masak agar tidak melekat
  5. Tuang adunan apam solo setengah acuan
  6. Masukkan isikan inti apam solo
  7. Tambah adunan sampai penuhkan acuan
  8. Corakkan atas permukaan apam solo mengikut kreativiti anda.

Akhir sekali, ambil apam solo kukus selama lima belas minit atau sampai masak. Sekarang, sudah siap. Selamat mencuba.