Resepi Asam Pedas Ayam Simple Sedap Mudah Ringkas.  Lauk tengahari saya dan keluarga, ayam masak asam pedas simple. Encik suami memang suka sangat kalau ada kuah ayam masak aasam pedas. Sampai dua tiga pinggan tambah nasi. Jom saya kongsikan resepi asam pedas mudah dan sedap :

 Asam Pedas Ayam Mudah
 Asam Pedas Ayam Simple

Resepi Asam Pedas Ayam Simple Dan Sedap Nyonya

Bahan untuk resepi asam pedas ayam mudah :

  1. Ayam
  2. Daun kesum
  3. Bunga kantan
  4. Air asam jawa
  5. Air

Bahan kisar

  1. Sepuluh tangkai cili kering
  2. Dua labu bawang besar
  3. Dua ulas bawang putih
  4. Halia besar ibu jari
  5. Belacan besar ibu jari

Cara Buat Asam Pedas Ayam

Cara cara masak ayam masak asam pedas :


Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan garing. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, dan air agak-agak sahaja. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah sampai pekat dan ayam nya empuk baru tutup api. Cara nak buat asam pedas ayam mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Asam Pedas Ikan Pari Johor Asli Original Tradisional