Resepi Asam Pedas Johor Asli Original Tradisional. Semenjak dua menjak berkawan dengan orang johor, kami satu keluarga kalau ada lauk asam pedas johor kompem tak pandang dah lauk lain. Memang asam pedas johor sedap dan mabeles. Terima kasih kawan johor ku atas perkongsian resepi asam pedas johor yang sedap ini, jasa mu akan ku kenang sampai ke akhir hayat hidup ku di dunia. Mungkin ramai di antara kita yang sudah pakar dalam masakan asam pedas tapi saya nak kongsikan juga resepi asam pedas johor yang mudah dan sedap untuk kawan-kawan semua.

Resepi Asam Pedas Johor Original
Resepi Asam Pedas Johor Asli


Resepi Asam Pedas Johor Original Warisan Turun Temurun

Bahan untuk resepi asam pedas johor ikan Pari :

  1. Lima potong ikan pari
  2. Empat sudu cili kisar
  3. Seikat daun kesum
  4. Kacang bendi 
  5. Asam Jawa
  6. Gula 
  7. Garam


Bahan tumbuk :

  1. Satu inchi kunyit hidup
  2. TIga  biji bawang kecil atau satu biji bawang besar
  3. Tiga biji bawang putih
  4. Sedikit belacan


Cara Masak Asam Pedas Johor

Cara-cara membuat asam pedas johor :

  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. 
  2. Masuk cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Tambah air mengikut kepekatan yang kita inginkan. 
  5. Selepas itu, masuk ikan, daun kesum
  6.  Akhir sekali masuk kacang bendi.


Biarkan mendidih seketika, bila sudah masak tutup api dapur. Dah boleh hidangkan untuk santapan ahi keluarga. Selamat mencuba.