Resepi Ayam Bakar Berempah Simple Sedap Mudah Ringkas. Malam ini kita jamu ayam bakar berempah yang sedap dan mudah untuk santapan keluarga. Dah lama rasanya tak buat kerana terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya kongsikan resepi ayam bakar berempah paling sedap dan paling mudah untuk kawan-kawan semua.

Resepi Ayam Bakar Berempah Sedap
Resepi Ayam Bakar Berempah Simple


Resepi Ayam Bakar Berempah Sedap Special Senang Best

Bahan untuk resepi ayam bakar berempah mudah :

  1. Seekor ayam saiz kecil
  2. Tiga batang serai
  3. Satu inchi halia
  4. Dua biji bawang besar
  5. Empat ulas bawang putih,
  6. Satu inchi kunyit hidup
  7. Satu sudu besar jintan manis
  8. Satu sudu besar ketumbar
  9. Satu sudu besar lada hitam 
  10. Garam
  11. Gula
  12. Air sikit


  • Kisar semua bahan diatas kecuali ayam


Resepi Sos Ayam Bakar Berempah

  1. Rempah ayam (  selepas bakar ayam )
  2. Satu cawan susu cair
  3. Limau nipis


Cara Buat Ayam Bakar Berempah

  1. Potong ayam dan gaul bersama bahan kisar atau rempah tadi sampai rata dan sebati
  2. Kemudian bakar sampai masak dalam periuk ajaib sampai masak.
  3. Apabila sudah masak, keluarkan ayam.
  4. Di periuk lain, ambil rempah ayam bakar tadi dan tambah susu cair serta limau nipis untuk dijadikan sos. Apabila sudah menggelegak tutup api.

Siap. Cara nak buat ayam bakar berempah mudah sahaja kan. Selamat mencuba semua.