Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam Merah Simple

Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam Merah Simple. Nyum nyum nyum, ayam madu merah bakar menyala-nyala yang sedap dan mudah sampai jilat jari gitu. Selepas ini, tak perlu lagi nak beli ayam madu madu pasar malam sebab dah pandai buat sendiri. Nak makan banyak mana pun boleh. Saya sertakan sekali resepi ayam madu bakar sedap :

Resepi Ayam Madu Bakar Simple
Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam


Resepi Ayam Bakar Madu Mudah Sedap Ringkas Special

Bahan untuk resepi ayam madu bakar simple :


  1. Seekor Ayam
  2. Enam ulas bawang putih
  3. Tiga sudu besar madu
  4. Dua sudu besar kicap pekat
  5. Dua sudu besar sos tiram
  6. Dua susu besar serbuk cili
  7. Satu sudu kecil serbuk lada sulah
  8. Minyak untuk panggang


Cara Buat Ayam Bakar Madu

Cara cara membuat ayam bakar madu :


  1. Masukkan semua bahan dan gaul bersama ayam
  2. Perap satu malam dan simpan dalam peti ais


Akhir sekali, bakar ayam madu atas bara sampai masak. Jangan lupa masa proses panggang, renjis-renjiskan minyak dan lebihan rempah perapan ayam madu untuk mendapatkan ayam bakar madu yang enak. Kalau ada yang nak bakar dengan oven pun boleh juga. Ini cara saya buat ayam madu bakar oven. Selepas perap ayam bakar madu saya masuk ke dalam kuali dan tambah air sikit dan masak sampai ayam madu mejadi separuh masak. Kemudian, angkat ayam dan bakar dalam oven. Lebihan sos atau rempah ayam madu, saya masak atas dapur sampai pekat. Siap ayam bakar madu untuk dihidangkan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment