Resepi Ayam Masak Serai Simple Sedap Mudah Ringkas. Inilah untungnya kalau kita berbudi pada tanah. Jangan biarkan ruang lapang di kawasan rumah anda begitu sahaja. Tanam pokok yang boleh membantu kita didapur. Macam saya ada tanam pokok serai, pokok lengkuas dan beberapa pokok lain. Cara tanam pokok serai mudah je, tanam dan sedar-sedar dah boleh buat lauk ayam masak serai untuk ahli keluarga.

Resepi Ayam Masak Serai Simple
Resepi Ayam Masak Serai


Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dan Mudah

Bahan untuk resepi ayam masak serai mudah :

  1. Ayam
  2. Sepuluh batang serai ( ketuk )
  3. Air secukupnya
  4. Air asam jawa pekat
  5. Garam dan gula
Bahan Kisar :

  1. Bawang besar
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Cili api ( Kalau nak pedas, lebihkan )
  5. Kunyit

Cara Masak Ayam Masak Serai

  1. Kisar semua bahan kisar
  2. Kemudian tumis bersama serai sampai garing
  3. Masukkan ayam
  4. Masukkan air sikit
  5. Masukkan air asam jawa


Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Siap dan selamat mencuba.