Resepi Ayam Pandan Frozen Simple Thai Original Asli

Resepi Ayam Pandan Frozen Simple Thai Original Asli. Masih ingat suatu ketika dahulu di bulan puasa yang mulia telah viral resepi ayam pandan thai. Saya pun tidak ketinggalan buat sebagai juadah kepada ahli keluarga tersayang. Nak goreng boleh, nak bakar pun boleh. Jom saya kongsikan resepi ayam pandan simple :

Resepi Ayam Pandan Thai
Resepi Ayam Pandan


Resepi Ayam Pandan Mudah Sedap Senang

Bahan untuk resepi ayam pandan sedap :

  1. Satu kilogram ekor ayam
  2. Dua sudu besar santan pekat (optional)
  3. Satu sudu besar madu
  4. Garam
  5. Gula
  6. Ajinamoto
  7. Daun pandan
  8. Lidi
Bahan tumbuk :
  1. Setengah biji bawang merah
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Setengah inci halia
  4. Setengah inci kunyit
  5. Setengah inci lengkuas
  6. Dua batang serai
  7. Satu sudu kecil ketumbar
  8. Satu sudu kecil jintan manis
  9. Cili padi ( ikut suka, saya letak lima belas biji )

Cara Buat Ayam Pandan

Cara cara membuat ayam pandan :

  1. Cuci ayam dan potong kecil-kecil
  2. Gaul bahan tumbuk dengan ayam, madu, santan, garam, gula serta ajinamoto.
  3. Cara membungkus ayam padan, lipat poket daun pandan dan isi adunan ayam pandan ke dalamnya
  4. Tutup atau bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk guna  lidi agar ayam tidak terkeluar.

Dah siap, ayam pandan goreng guna api sederhana sampai warna bertukar keperangan atau sampai masak. Yang nak tahu cara buat ayam pandan frozen, anda boleh gorengkan separuh masak dan kemudian simpan dalam peti ais. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×