Resepi Bingka Tepung Beras Sukatan Cawan

Resepi Bingka Tepung Beras Sukatan Cawan. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Dah sarapan ke belum ? Alhamdulillah, pagi ini saya dapat siapkan sarapan kuih bingka tepung beras aka kuih bengkang tepung beras untuk semua ahli rumah. Hari cuti biasa lah, makan kuih tradisional sambil santai depan tv. Resepi kuih bingka simple sahaja, saya guna resepi kuih bingka mudah sukatan cawan.

Resepi Bengkang Tepung Beras
Resepi Bingka Tepung Beras


Resepi Bengkang Tepung Beras Sukatan Cawan

  1. Enam cawan tepung beras. (saya pakai cap ros)
  2. Dua cawan gula pasir
  3. Dua sudu teh garam halus
  4. Sembilan setengah cawan santan

Cara Buat Bingka Tepung Beras

Cara buat bengkang tepung beras :

  1. Kisar semua bahan sampai sebati dan tapis
  2. Kemudian, kacau atas api dapur sampai naik wap
  3. Sapu rata minyak masak pada loyang
  4. Tuang adunan bingka tepung beras ke dalam loyang
Akhir sekali,  panaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, ambil loyang yang berisi adunan kuih bingka tepung beras bakar pada suhu oven atas 215 dan bawah pada suhu bawah 270. Dah sejuk baru potong. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×