Resepi Biskut Arab Susu Sukatan Cawan

Resepi Biskut Arab Susu Sukatan Cawan Gebu Lembut Sedap Mudah. Resepi biskut raya mudah kembali. Sempena nak dekat dah dengan bulan puasa, saya mahu kongsikan resepi biskut arab susu gebu , lembut dan paling sedap sebagai persediaan menjelang hari raya aidilfitri nanti. Sesiapa yang nak resepi biskut arab susu guna butter, boleh ambil resepi biskut arab susu simple sukatan cawan berikut :

Resepi Biskut Arab Susu Sukatan Cawan
Biskut Arab Susu Sukatan Cawan


Resepi Biskut Arab Susu Sedap Simple Lembut Gebu

Bahan untuk resepi arab susu mudah :

  1. Tiga, satu per empat cawan tepung jagung  ( atau satu paket kecil 400 gram )
  2. Satu sudu besar Buttercup
  3. Satu tin susu pekat manis ( tapi saya guna tak sampai satu tin pun, ikut selera masing-masing )


Cara Buat Biskut Arab Susu

Cara cara membuat biskut arab sukatan cawan :

  1. Ramas tepung bersama butter sampai sebati 
  2. Tuang susu dan gaul sampai boleh diuli menjadi bulat.
  3. Masukan adunaan ke dalam cup.Kalau nak letak dalam loyang camtu je pun boleh.

Akhir sekali, bakar sampai masak. Saya bakar kuih arab susu pada suhu 170 selama suku jam sahaja. Atas kapasiti oven masing-masing. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

×