Resepi Biskut Butter Cookies Sukatan Cawan Sedap Simple

Resepi Biskut Butter Cookies Sukatan Cawan Sedap Simple. Semalam semangat raya kembali, jadi saya buat Butter Cookies yang harum semerbak satu rumah. Resepi biskut butter cookies paling mudah tapi sedap, hanya guna empat bahan sahaja.

Resepi Biskut Butter Cookies Mudah
Resepi Biskut Butter Cookies


Resepi Butter Cookies Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi butter cookies simple :


  1. 250g butter ( guna pure butter lagi sedap )
  2. Setengah cawan gula ( kisar halus )
  3. 1 tsp vanilla extract
  4. Dua  cawan tepung gandum


Cara Buat Biskut Butter Cookies

Cara cara membuat biskut butter cookies :

  1. Mix butter hingga creamy, 
  2. Masukkan gula, vanilla, pukul lagi hingga kembang serta ringan selama dua belas minit.
  3. Masukkan tepung dalam tiga kali tuang dan gaul sebati guna spatula. 
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan star tip, buatlah bentuk yang anda suka


Akhir sekali, bakar dalam oven selama sepuluh hingga dua belas minit pada suhu 180 atau sampai base biskut nampak warna keperangan. Bergantung kepada oven masing masing. Cara nak buat biskut butter cookies mudah je kan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment