Resepi Biskut Coklat Rice Sukatan Cawan Rangup Crispy

Resepi Biskut Coklat Rice Sukatan Cawan Mudah Rangup Crispy Simple. Apabila semangat hari raya tiba-tiba muncul di dalam diri, maka terhasillah biskut chocolate rice yang mudah dan sedap. Bukan apa, bahan-bahan untuk buat biskut coklat rice ball sudah sedia ada di rumah jadi kita buatlah. Boleh juga anak-anak makan sambil layan tengok drama dekat tv. Saya kongsikan resepi biskut coklat rice tradisioanal guna sukatan cawan 

Resepi Biskut Coklat Rice Rangup Crispy
Resepi Biskut Coklat Rice Sukatan Cawan


Resepi Biskut Coklat Rice Mudah Sedap Ringkas Tradisional

Bahan untuk resepi biskut coklat rice simple :

  1. 250 gram buttercup
  2. Satu biji kuning telur
  3. Satu cawan gula halus
  4. Setengah cawan serbuk koko
  5. Setengah cawan tepung jagung
  6. Dua cawan cawan tepung gandum
  7. Satu sudu kecil esen vanila


Cara Buat Biskut Coklat Rice

Cara cara membuat biskut coklat rice :

  1. Putar buttercup bersama telur (saya guna senduk kayu je)
  2. Kemudian masukkan gula dan esen vanila.
  3. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Tekap adunan guna acuan.
  5. Sapu dengan putih telur dan taburkan coklat rice


Akhir sekali, bakar pada suhu 160 selama setengah jam atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Cara nak buat biskut coklat rice mudah je kan. Selamat mencuba.

> Resepi Biskut Semperit Susu Sukatan Cawan

1 comment:

NURULSHAM DI SINI said...

Pandainya masak macam-macam... saya kagum

Post a Comment

×