Resepi Biskut Cornflakes Madu Sukatan Cawan Rangup Mudah. Salam semua. Sempena kita sudah hampir menuju ke bulan puasa yang penuh keberkatan, saya tanpa ragu ragu ingin kongsikan satu resepi kuih raya mudah untuk dibuat iaitu kuih cornflakes madu yang rangup dan sedap. Resepi biskut cornflakes madu mudah sahaja, saya guna resepi cornflakes madu sukatan cawan ( 50-60 biji ) :

Resepi Biskut Cornflakes Madu Rangup Mudah
Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Cornflakes Madu Mudah Rangup Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi biskut cornflakes madu simple :

  1. Empat cawan Cornflakes
  2. Satu per empat cawan madu
  3. Satu per empat cawan mentega
  4. Papercup
  5. Sprinkles untuk hiasan
  6. Ceri (untuk hiasan - ikut suka)


Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Rangup

Cara cara membuat biskut cornflakes madu :

  1. Cairkan mentega bersama madu  guna api kecil. Kacau sampai mentega cair.
  2. Hancurkan cornflakes dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Tuang adunan mentega dan madu ke dalam mangkuk berisi Cornflakes yang telah siap dihancurkan.
  4. Gaul rata sampai rata.

Akhir sekali, masukkan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri kalau mahu dan suka. Bakar selama lima belas minit atau sampai masak. Selamat mencuba.