Resepi Biskut Famous Amos Sukatan Cawan

Resepi Biskut Famous Amos Simple Sukatan Cawan. Famous Amos Cookies In The House, belum lagi bulan puasa tapi semangat untuk membuat kuih raya sudah menjelma tiba. Kalau beli mesti tak cukup punya sebab semua ahli keluarga suka kuih Famous Amos yang rangup dan sedap ini. Jadi jalan yang terbaik adalah kita buat sendiri boleh makan sampai puas disamping dapat berjimat cermat. Resepi famous amos sukatan cawan saya sertakan sekali dibawah. Selamat mencuba.

Resepi Famous Amos Sukatan Cawan
Resepi Biskut Famous Amos

Resepi Biskut Famous Amos Choc Chip Paling Sedap

Bahan untuk resepi biskut famous amos mudah :

Bahan A :

  1. Satu per empat cawan gula kastor
  2. Setengah cawan gula perang
  3. Setengah cawan mentega
  4. Setengah cawan minyak jagung
  5. Satu biji telur gred B
  6. Satu per empat sudu kecil garam
  7. Setengah sudu besar susu segar atau susu tepung
  8. Setengah sudu kecil esen vanila


Bahan B

  1. Dua cawan tepung gandum (diayak)
  2. Satu sudu besar serbuk koko (diayak)
  3. Satu sudu besar tepung jagung (diayak)
  4. Setengah sudu kecil soda bikarbonat
  5. Setengah cawan walnut ( optional )
  6. Satu cawan choc chip semi sweet
  7. Setengah sudu kecil cream of tartar ( Boleh ganti dengan setengah sudu kecil cuka atau  lemon )


Cara Buat Biskut Famous Amos

Cara cara membuat Biskut Famous Amos :

Whisk guna tangan  bahan A sampai cair. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit.. Panaskan dahulu oven pada suhu160 .Kemudian, bakar selama lima belas minit atau sampai masak mengikut kapasiti oven masing-masing. Setel.

No comments:

Post a Comment

×