Resepi Biskut Lumut Sukatan Cawan

Resepi Biskut Lumut Sukatan Cawan. Untuk makluman kawan-kawan ini bukan resepi biskut german cookies sukatan cawan tetapi biskut lumut sukatan cawan.  Nampak sama tapi bukan dia. Resepi biskut lumut tradisional turun temurun mak saya. Bahan utama untuk kuih lumut adalah oat dan kelapa kering. Sekarang, bayang keharuman bau biskut lumut yang sedap bila saya sedang membuatnya di rumah. Biskut raya paling mudah nak buat, tak pecah,tak rapuh tapi terbaik.

Resepi Biskut Lumut Sukatan Cawan
Resepi Biskut Lumut


Resepi Biskut Lumut Mudah Sedap Ringkas Senang

Bahan untuk resepi biskut lumut sedap ;

  1. Tiga cawan oat
  2. Satu cawan gula halus (saya guna gula castor)
  3. Dua setengah cawan kelapa kering
  4. Satu setengah cawan tepung gandum
  5. Satu sudu teh baking powder
  6. Satu setengah cawan majerin (saya guna twincows)
  7. Dua biji kuning telur ayam (apa-apa saiz pun boleh)
  8. Satu sudu teh esen vanilla
  9. Tiga penutup pewarna hijau

Cara Buat Biskut Lumut

Cara cara membuat biskut lumut :

  1. Bahan kering digaul sebati bersama pewarna hijau.
  2. Kemudian masukkan kuning telur,esen vanilla serta marjerin.
  3. Gaul hingga jadi doh yang boleh di gentel bulat-bulat
  4. Memang doh akan kelihatan seperti berderai, cuba ambil sedikit dan gentel bulat. Kalau tidak boleh dibulatkan, sila tambah majerin sikit lagi.


Langkah terakhir adalah bakar pada suhu 170 selama dua puluh minit atau sampai biskut lumut nampak jadi macam coklat garing gitu. Siap dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment