Resepi Biskut Makmur Mudah Tanpa Bakar Sukatan Cawan

Resepi Biskut Makmur Mudah Tanpa Bakar Sukatan Cawan. Ini antara resepi kuih raya mudah dan wajib saya buat setiap kali menjelang hari raya kerana saya suka sangat makan biskut makmur susu sejak kecil lagi. Bila makan pecah di mulut, lembut dan gebu sangat. Kebetulan semua bahan untuk buat kuih makmur tanpa bakar telah tersedia di dapur, maka terhasillah biskut makmur tanpa inti dan tanpa bakar. Resepi biskut makmur simple ada saya sertakan di bawah :

Resepi Biskut Makmur Sedap Sukatan Cawan
Biskut Makmur Sukatan Cawan


Resepi Biskut Makmur Sukatan Cawan Gebu Lembut Senang

Bahan untuk resepi biskut makmur sedap :

  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Setengah cawan gula castor ( suka manis lebihkan )
  3. Satu tin kecil minyak sapi ( 125 gram + 1 sudu butter )
  4. Satu cawan tepung susu


Cara Buat Biskut Makmur

Cara cara membuat biskut makmur :

  1. Goreng tepung tanpa minyak sampai warna kekuningan. 
  2. Masukkan gula dan gaul sampai sebati. Asingkan seketika adunan tepung tersebut.
  3. Kemudian, cairkan minyak sapi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Gaul sampai sebati
  4. Gentel bulat adunan dan terus salut dengan tepung susu. Siap.
Senang sahaja kan cara buat kuih makmur. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×