Resepi Bubur Lambuk Simple Sukatan Cawan

Resepi Bubur Lambuk Simple Sukatan Cawan. Alhamdulillah, hasil dari meredah semak di hujung kampung bersama suami semalam, mencari sayur pucuk paku untuk dibuat bubur lambuk. Resepi bubur lambuk paling mudah dan sedap ada saya kongsikan dibawah. Semoga bermanfaat.


Resepi Bubur Lambuk Simple Dan Sedap
Resepi Bubur Lambuk Simple

Resepi Bubur Lambuk Paling Simple Sedap Ringkas Senang

Bahan untuk resepi bubur lambuk mudah :

  1. Satu cawan beras
  2. Lima cawan air
  3. Tiga cawan santan pekat
  4. Ubi keledek
  5. Pucuk paku
  6. Daun kesom


Bahan tumbuk :

  1. Tiga ekor ikan selayang (rebus, bunga tulang dan ambil isi)
  2. Lada hitam
  3. Bawang merah


Cara Masak Bubur Lambuk

Cara-cara buat bubur lambuk :

  1. Renehkan beras dengan lima cawan air sampai menjadi bubur. 
  2. Kemudian, masukkan ubi keledek
  3. Apabila ubi sudah empuk, masukkan baahn tmbuk bersama santan
  4. Masukkan pucuk paku dan daun kesom.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.


Jangan lupa rasa dulu bubur lambok untuk seimbangkan rasa bagi mengikut selera anda sebelum tutup api dapur. Selamat mencuba.

1 comment:

adianiez AIDA said...

sedap nyer ni.
feveret aida bubur-bubur gini...

Post a Comment

×