Resepi Ayam Chicken Chop Mudah Goreng Sedap Rangup Simple. Malam ini saya hidangkan kepada ahli rumah dengan makanan barat iaitu ayam chicken chop. Saya, suami dan anak-anak suka sangat makan chicken chop. Kalau buat mesti kena buat lebih sebab takut tak cukup nanti susah. Meh saya kongsikan resepi ayam chicken chop black paper :

Resepi Chicken Chop Rangup
Resepi Chicken Chop



Resepi Chicken Chop Simple Sedap Mudah Ringkas Special


Bahan untuk resepi chicken chop mudah :

  1. Isi ayam (fillet)
  2. Tepung beras
  3. Serbuk roti
  4. Sebiji telur
  5. Lada putih

Cara Buat Chicken Chop Mudah


Cara buat chicken chop rangup :

  1. Ketuk isi ayam (fillet) guna lesung batu.
  2. Perap pakai tepung beras
  3. Satukan telur bersama sedikit lada putih. 
  4. Kemudian celup isi ayam yang telah diperap sebentar tadi.
  5. Gaulkan isi ayam dengan serbuk roti.
  6. Panaskan minyak dan goreng sampai masak.


Resepi Sos Black Peper Chicken Chop Mudah

Bahan untuk sos blackpepper sedap :

  1. Minyak atau butter
  2. Bawang putih
  3. Krim cendawan  ( saya guna jenama Campbells )
  4. Kicap manis
  5. Sos tiram
  6. Serbuk lada hitam
  7. Sedikit air
Cara Buat Sos Black Pepper Simple

Cara cara buat sos black pepper chicken chop :


  1. Panaskan minyak atau butter sekejap
  2. Kemudian, tumis bawang putih.
  3. Masukkan air serta krim cendawan. Kacau sampai sebati.
  4. Masukkan sos tiram dalam dua sudu dan kicap manis sikit. Dan kacau lagi.
  5. Masukkan pula serbuk lada hitam. Jika suka pedas boleh lebihkan.
  6. Kacau kuah sos blackpepper sampai masak

Dah siap semua, hidangkan ayam chicken chop bersama sos black peper. Demikianlah resepi ayam chicken chop yang paling sedap dan paling mudah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.