Resepi Coklat Badam Homemade Sedap Mudah Simple Senang . Tadi saya ada buat coklat badam yang mudah dan sedap untuk anak-anak. Bukan apa, boleh jimat sikit perbelanjaan sebab modal kecil sahaja tapi dapat banyak coklat. Dapatlah mereka makan sampai puas. Takde nak berebut dengan sesama sendiri nanti. Resepi coklat badam mudah sahaja ada saya kongsikan dekat bawah :

Resepi Coklat Badam Mudah
Resepi Coklat Badam Homemade


Resepi Coklat Badam Simple Sedap  Mudah Bar Ringkas

Bahan untuk resepi coklat badam sedap :

  1. Badam dan gajus panggang ( cincang atau hiris, ikut suka )
  2. Coklat compound Berly's

Cara Buat Coklat Badam

Cara cara membuat coklat badam :

  1. Cairkan coklat guna teknik double boil. 
  2. Dah cair, tutup api. 
  3. Masukkan badam dan gajus. Kacau rata.


Akhir sekali, tuangn ke dalam loyang dan simpan dalam peti ais pada bahagian sejuk beku selama empat hingga lima minit atau sampai keras. Cara nak buat coklat badam mudah je kan. Selamat mencuba semua.