Resepi Cucur Milo Aka Cekodok Milo Mudah Sedap Lembut Gebu Simple. Ada yang tak tidur lagi ke ? Tadi masa hujan cuaca sejuk, perut jadi lapar dan mulut pun asyik nak meguyah. Maka terhasillah cucur milo kegemaran anak-anak.Resepi cucur milo simple sahaja, saya guna resepi cucur milo sukatan cawan.

Resepi Cucur Milo Sedap
Cucur Milo Mudah


 Resepi Cucur Milo Sedap Ringkas Senang Cepat Express

Bahan untuk resepi cucur milo lembut :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Setengah cawan.milo
  3. Tiga sudu makan susu ( boleh lebihkan dan kurangkan )
  4. Dua sudu makan gula
  5. Tiga sudu makan minyak jagung
  6. Satu sudu kfc serbuk penaik
  7. Sedikit air suam


Cara Buat Cucur Milo

Cara cara membuat kue cucur milo :

  1. Satukan semua bahan
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Adunan hendaklah tak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
  3. Kacau sampai sebati

Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sampai cucur milo masak. Cara nak buat cucur milo mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Cucur Manis Lembut Gebu Sedap Rangup