Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Tahan Lama

Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Tahan Lama. Ikan masin jeruk kering  adalah menu sahur saya setiap tahun kerana ketika waktu bersahur saya dan anak-anak susah nak telan nasi. Namun sejak ada lauk ikan tenggiri jeruk goreng, anak-anak pun pulun makan. Resepi ikan masin jeruk goreng saya mintak dari jiran orang thai. Yang lagi isimewa, ianya boleh tahan lama. Masak banyak-banyak, kemudian simpan dalam botol kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Saya kongsikan resepi ikan masik jeruk goreng sedap :

Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Siam
Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai


Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Siam Sedap Simple

Bahan untuk resepi ikan masin jeruk goreng mudah :

  1. Ikan masin tenggiri yang di goreng garing
  2. Cili padi, kuantiti ikut suka atas selera. Kalau saya lagi pedas lagi sedap.
  3. Bawang merah ( mayang )
  4. Bawang putih ( mayang )
  5. Sedikit air asam jawa
  6. Apa-apa ulam yang kita suka (rincik halus)


Cara Masak Ikan Masin Jeruk Goreng

Cara cara buat ikan masin jeruk goreng :

  1. Panaskan minyak sikit, goreng bawang merah, bawang putih sampai garing
  2. Masukkan ulam dan ikan masin yang telah dibuang tulang
  3. Masukkan air asam
  4. Hancurkan isi ikan masin guna sudip sambil kacau sampai kering.
Siap, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment