Resepi Kek Buah Kukus Sukatan Cawan Lembut Gebu

Resepi Kek Buah Kukus Sukatan Cawan Lembut Gebu. Ada yang suka makan kek buah kukus yang mudah dan sedap ini ? Anak-anak saya semua suka mereka cakap kek buah kukus gebu dan lembut sangat yang ibu buat. Jom saya kongsikan resepi kek buah mudah sukatan cawan :

Resepi Kek Buah Kukus Gebu Sukatan Cawan
Resepi Kek Buah Kukus Sukatan Cawan


Resepi Kek Buah Sukatan Cawan Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi kek buah kukus simple :

Bahan A
  1. 250gm butter (saya guna butter tatura)
  2. Satu setengah cawan gula perang
  3. Setengah cwn air
  4. 250gm buah-buahan campuran

Cara Buat Kek Buah Sukatan Cawan

  • Masak gula sampai cair guna api perlahan dan masukkan air secara perlahan lahan. Elak kan masuk sekaligus bimbang meletup. Apabila dah cair balik baru masukkan butter dan masak sampai butter cair dan baru masukkan mix fruits. Tunggu sampai mendidih dan tutup api. Asingkan seketika.


Bahan B  ( Bahan Ayak )

  1. 300gm tepong gandum cap ros
  2. Satu sudu teh cream of tartar
  3. Satu sudu teh soda bikarbonat
  4. Satu sudu teh serbuk buah pala atau serbuk kayu manis


  • Campur dan masukkan semua bahan yang telah siap diayak ke dalam adunan butter tadi serta kacau guna spatula cara kaup balik


Bahan C

  1. 3 biji telor
  2. 1 sudu esen vanila


  • Pukul guna whisk telur dan esen vanila dan curahkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau cara kaup balik sampai adunan sebati


Cara Buat Kek Buah Kukus Sukatan Cawan

Tuang adunan kek buah dalam.acuan yang telah digris guna minyak dan kukus selama dua jam. Dah siap, tunggu kek buah sejuk baru potong. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×