Resepi Kek Butter Sukatan Cawan

Resepi Kek Butter Mudah Sukatan Cawan. Kek butter lembut mudah dan sedap ini saya belajar dengan mak mentua saya. Mak bagitahu dia belajar resepi kek butter sedap ini pun masa zaman muda remaja dulu dengan kawan baik. Mak pesan nak bagi kek gebu kena mix lama buttercup dengan gula hingga betul-betul kembang. Resepi kek butter simple sukatan cawan ada saya sertakan dibawah :

Resepi Kek Butter Sukatan Cawan Gebu
Resepi Kek Butter Sukatan Cawan


Resepi Kek Butter Gebu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek butter simple :

  1. Dua cawan tepung naik sendiri
  2. Satu ketul buttercup
  3. Tiga per empat cawan gula kastor
  4. Lima biji telur gred A
  5. Satu sudu kecil baking powder
  6. Satu sudu kecil esen vanila
Cara Buat Kek Butter Mudah Dan Sedap

Cara cara buat kek butter sukatan cawan :


  1. Pukul buttercup bersama gula sampai kembang.
  2. Perlahankan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan baking powder dan esen vanila
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit

Akhir sekali, sapu loyang dengan minyak dan tuang adunan ke dalamnya. Bakar pada suhu 160 guna api atas bawah selama empat puluh lima minit. Siap. Kukus saya tak pernah cuba lagi, kalau sesiapa yang nak cuba kukus guna resepi ni, boleh jugak dan jangan lupa bagi maklum balas di ruangan komen untuk rujukan kita bersama.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

×